Assalamualaikum
wah! Dah berapa lama helleyz tak update blog,tapi takpe..siapa je nak baca blog helleyz yang serba kekurangan ni.hahahahh! Okay,sebenarnya banyak yang berlaku dalam kehidupan helleyz,semuanya tercatat dalam "album" memori yang akan tersemat sampai bila-bila dalam ingatan helleyz..
Hari Guru,mungkin inilah hari guru terakhir helleyz sambut bersama rakan taulan dan guru-guru smkts.Hurmm..bila pandang balik rak buku (takde kerja,biaselaa) rasa sebak! Agaknya,lepasni rak ni akan usang.Banyak yang bermain diminda,
Macam mana nak cari kerja? Macam mana nak bekerja? Macam mana nak sambung study? Nak amik course apa? (Ok,ini..mungkin dah terfikir..course psychology) Bila dapat jumpa kawan sekolah balik? Ingat ke dorang dekat helleyz lagi? Hurmm..okay,lari sikit dari topik kita..maaf.
Okay,now.Tudung labuh.Helleyz pelik lah ,bila ada perempuan pakai tudung labuh sikit,mulalah..
" Bapak arh! Macam ustazah siot!"
" sejak bila kau jadi alim ni?"
Okay,ingat perempuan tudung labuh ni suka ke,korang kata gitu? Ada sesetengah yang rasa tak,sebab dorang tahu yang kelabuhan tudung seseorang itu tidak menggambarkan keimanan mereka.
Memang Allah sudah berfirman :
Labuhkan tudung sehingga BAWAH PARAS DADA!
Jadi tak salah kan? Bukan nak dipandang solehah atau
Baik,cuma ia memang salah satu ajaran islam.Tapi persepsi orang ramai asal tudung labuh je ustazah..
Wah! Maksudnya,tak perlu ambil ijazah,diploma semua,pakai je tudung labuh,terus jadi ustazah? Macam tu? TIDAK.
Jadi betulkan persepsi anda mengenai mereka.Contohi cara pemakaian muslimah yang sebenar,bukan menjadi juri kepada mereka.Jangan tunjukkan perhiasan diri korang selain dari mahram.
Setiap wanita,ada keistimewaan mereka,Allah pun mengangkat darjat kita tapi macam mana kita menjaganya? Adakah dengan menonjolkan segalanya? Seksi la kononnye tapi faktanya;
"seksa betul tengok budak tu"
Yang nak bertudung labuh tu,jangan malu sebab kita bukan buat sesuatu yang salah,tapi niat mesti betul! Bukan sekadar nak cantik atau ikut tren je.
Niat kerana Allah! Niat kerana Allah!
Semasa pakai tudung tu,cuba fikir.
Kalau aku pakai tudung (tidak melepasi dada) apakah fikiran orang lain terhadap ku?Adakah mereka fikir ibubapaku tak pandai didik anak?
Adakah lelaki akan menganggap ku murah?
Or
Sebelum keluar rumah,tengok cermin!
Tanya diri,
"Adakah aku boleh solat dengan berpakaian begini?"
Fikir.
Okay,sampai sini je blog kali ni,silap salah mohon ditegur.Helleyz pun tak sesempurna manusia lain.Yang salah kita tegur,yang betul kita cuba ambik dan amalkan.