Monday, 20 November 2017

SCHOOL ATHEM

Assalamualaikum viewers.. Hahahhhh ! Biasa..syok sndiri walaupun takde yang view sebenarnya .. Sedihh cheq.
Okay ..rasanya dah dua tahun saya tinggalkan zaman persekolahan tapi kenangan lampau macam baru semalam je jadi.. Kan .. Time flies very fast guys..

" Rumah kata pergi , kubur kata mari "
(KARANGAN A+) jangan main2 ..hahahah..

Okay saya ni ..
(Dulu guna helleyz,sekarang guna saya ..matang kan? )
Dulu takdela nakal sangat, jahat mungkin lah hahaha.. Tapi kerja sekolah still siap lah ..expert meniru ni .. Jangan main2 ..

Dulu saya takde musuh tapi ada satu peristiwa ni merubah segalanya .. Ada sorang pelajar cina baru masuk sekolah ,kelas sebelah lah ..tingkatan 2 tak silap .. Memang bila waktu sukan kitorang selalu gabung kelas tapi tak tau lah apa masalah budak ni pergi letak ulat kayu dalam beg saya.. Mula-mula memang lah tak perasan ,bila sampai rumah petang tu ,nak beli roti tak silap kat kedai runcit bawah kedai ,memang nampak ulat tu satu2 melekat kat dompet yang saya letak kat beg.

Terus saya campak beg tu ,orang kedai tu tolong settle sapu semua ulat tu ..balik rumah memang menggeletar satu badan. Bila cerita kat mak ayah, kena bebel cakap buat apa kat orang sampai jadi macam tu ..alahaii .. Saya budak baiklah !

Lepastu ,ada satu masa ni balik dari sekolah jam 6.30 tertinggal van sekolah ,herm ..terpaksa lah jalan kaki balik dalam gelap-gelap tu tiba-tiba ada kereta warna merah,perempuan berhenti nak tolong hantar balik tapi mak cakap jangan naik orang yang tak dikenali ,terus lari masuk petronas. Biasalah .. Kanak-kanak ribena ikut cakap orang tua.

Masa kelas komputer tambahan pulak naik teksi dengan kawan tapi tertinggal beg yang penuh buku teks .. Nak kejar memang taklah ,mampu tawakal je.. Tapi petang tu alahamdulillah selamat sampai kat rumah ,sia-sia air mata ni jatuh kerana mu buku.

Okay ..maybe cuma ni je kot story yang saya ingat ..share lah school story korang ..mesti seronok ..sharing is caring

Tuesday, 12 September 2017

2017 Spirit Athem

Assalamualaikum semua.. Hahahh macam ada yang baca blog ni kiki.. Pertama sekali marilah kita ambil masa 5minit untuk sedekahkan kepada Yang dipertuan Agong yang baru kembali ke Rahmatullah malam semalam.  Al Fatihah..

Semakin hari semakin ramai yang pergi. Dalam dunia difasa akhir zamam kali ini nyawa umat Islam umpama telur dihujung tanduk yang bila-bila masa sahaja boleh dicabut oleh Izrael tapi malangnya umat Islam dini hari semakin leka dengan keduniaan. Tak perlu menunding jari kearah umat Islam negara lain, tengok sahaja umat Islam dinegara kita. Masjid? Cuma penuh bermusim. Solat?  2kali setahun. Solat sunnat Aidilfitri dan Aidiladha. Sedih guys.

Cuma fikir sejenak.. Negara aman tapi sejauh mana keamanan ini boleh kekal seandainya Solat, iaitu benteng umat islam sendiri telah runtuh dalam diri anak-anak muda? Dakwah sana, dakwah sini.. 1 like 1 donation, like adalah satu doa, komen Amin jika perihatin? Tapi realitinya? Adakah kita sedang beribadah dimedia sosial? Fikir.

Pray4Rohingya. Kita semua maklum bagaimana rakyat Rohingya ditindas dibuminya sendiri. Pernah kita bayangkan berada ditempat mereka? Bayangkan sebotol air mineral untuk 20orang? Jika kini kita mempunyai kemudahan berteduh di bawah sebuah bumbung yang selesa dengan kipas dan tv tapi mereka? Hanya matahari memancar menunggu nyawa ditukar ganti dengan kebebasan. Semakin hari, semakin bergelut dengan bangsa mereka sendiri kerana berlainan kepercayaan dan hasad dengki yang membeku dalam hati.

Malaysia memang aman tapi mungkinkah keamanan ini kekal jika asas Islam sendiri kita tak mampu jaga?  Solat. Waallahuaklam.