Tuesday, 12 September 2017

2017 Spirit Athem

Assalamualaikum semua.. Hahahh macam ada yang baca blog ni kiki.. Pertama sekali marilah kita ambil masa 5minit untuk sedekahkan kepada Yang dipertuan Agong yang baru kembali ke Rahmatullah malam semalam.  Al Fatihah..

Semakin hari semakin ramai yang pergi. Dalam dunia difasa akhir zamam kali ini nyawa umat Islam umpama telur dihujung tanduk yang bila-bila masa sahaja boleh dicabut oleh Izrael tapi malangnya umat Islam dini hari semakin leka dengan keduniaan. Tak perlu menunding jari kearah umat Islam negara lain, tengok sahaja umat Islam dinegara kita. Masjid? Cuma penuh bermusim. Solat?  2kali setahun. Solat sunnat Aidilfitri dan Aidiladha. Sedih guys.

Cuma fikir sejenak.. Negara aman tapi sejauh mana keamanan ini boleh kekal seandainya Solat, iaitu benteng umat islam sendiri telah runtuh dalam diri anak-anak muda? Dakwah sana, dakwah sini.. 1 like 1 donation, like adalah satu doa, komen Amin jika perihatin? Tapi realitinya? Adakah kita sedang beribadah dimedia sosial? Fikir.

Pray4Rohingya. Kita semua maklum bagaimana rakyat Rohingya ditindas dibuminya sendiri. Pernah kita bayangkan berada ditempat mereka? Bayangkan sebotol air mineral untuk 20orang? Jika kini kita mempunyai kemudahan berteduh di bawah sebuah bumbung yang selesa dengan kipas dan tv tapi mereka? Hanya matahari memancar menunggu nyawa ditukar ganti dengan kebebasan. Semakin hari, semakin bergelut dengan bangsa mereka sendiri kerana berlainan kepercayaan dan hasad dengki yang membeku dalam hati.

Malaysia memang aman tapi mungkinkah keamanan ini kekal jika asas Islam sendiri kita tak mampu jaga?  Solat. Waallahuaklam.