Friday, 6 February 2015

MIMPI

Assalamualaikum,dah lama helleyz tak update blog kan? Sebab takde topik yang nak kongsi.Okay,harini helleyz nak cerita pasal mimpi tapi sebelum tu helleyz nak tanya..dalam sehari berapa kali kita mengucap dua kalimah syahadah? Dalam solat pun kita ada mengucap kan? Cuba renung balik,kenapa kita kena mengucap? Viewers mesti ada smartphone yang besar gedabak kan? Siap ada buah lagi belakang tu ( iphone) ,okay..setiap phone mesti ada charger kan? Tanpa charger,phone tak boleh pakai atau off dengan sendiri.Begitu jugak manusia,mengucap dua kalimah syahadah umpama kita memperbaharui iman.Kita charge balik diri kita.Kita sedar iman kita berkurang tapi kita buat tak tahu je kan?Malah kemalasan dalam diri kita semakin bertambah dari hari ke hari.Okay,ini serba sedikit kupasan lah daripada ustazah yang ajar helleyz kat sekolah hehe.Tiba-tiba bagi ceramah ni entah bila nak cerita pasal mimpi.maaf ye.keluar tajuk sikit.

Okay,helleyz pernah bermimpi menyusukan bayi.Bayi dalam lingkungan baru lahir lah.Entah kenapa helleyz mimpi macam tu.Adoii..Tapi kalau tu la gambaran anak helleyz in the future.Helleyz terima.hehe..comel ! Putih gebu.Ikut gen siapalah agaknya ..hehe ceit! SPM tak lepas ada hati nak menimang budak! Apa cerita ni helleyz? Buang tebiat ke? Helleyz cerita kat mak and mak cakap " ..rezeki tu " .ece ceh~ Dengan izin Allah petang tu helleyz dapar RM20 dari ayah helleyz sebab ayah helleyz dah gaji. (  bila nak ajar naik motor ayah! )

Helley memang selalu mimpi artis yang helleyz tak ingat haritu.Macam helleyz pernah mimpi jadi girlfriend chicco jerikho,pelakon indonesia tu.Fulamak kau~ sampai kesana mimpi helleyz travel.Pernah jugak mimpi jadi isteri hrithik roshan kau~ fuh! Gila gempak.Bangga jap.hehe..mimpi je bukan betul. Jangan timbulkan kontroversi sudah..

Selain itu, ( penanda wacana,you~)
Helleyz mimpi pergi sebuah flat berhantu dengan kawan-kawan helleyz,suaidah,fira zety,suriati,farhana..zahira dengan sofea tak masuk pulak dalam ini cerita,haish! Okay,ceritanya flat ni usanglah tapi sebijik macam kawasan perumahan helleyz.Kitorang cari satu benda tapi setiap kali jalan mesti jumpa ' benda-benda' bertenggek dekat tiang lah,atas bumbunglah.Warna putih en,mesti lah nampak.

Helleyz pun mimpi gaduh dengan kawan helleyz tapi lupa siapa.Tapi mujur ia mimpi sebab dalam mimpi tu kitorang gaduh gila-gila.entah sebabnya helleyz lupa.Tapi yang best,helleyz mimpi bila kitorang semua dah dewasa ! Dalam tu kitorang semua dah berjaya,kitorang lawat sekolah lama lepastu cerita pasal peristiwa lampau.Tapi yang bodohnya helleyz,helleyz tak tengok cermin! Adoiii...nak tengok jugak muka helleyz macam mana.

Helleyz pernah jugak mimpi jadi Storm dalam cerita x-men tu.hehe..jangan jealous.
Okay,ini saja yang helleyz mampu cerita.Ia sekadar mimpi sahaja nukan kenyataan.

1 comment: