Thursday, 28 August 2014

Primary school


Assalamualaikum..harini helleyz nak citer skit pasal zaman persekolahan.haha..seandainya helleyz boleh putarkan masa,helleyz harap dapat return balik masa helleyz zaman tadika dulu.Alaa..time kanak-kanak ribena la senang citer..mesti ada yang dengan selamba badak je tak pakai baju depan tetamu kan? Dulu la..kalau sekarang mesti cover cun dengan macho kan? Eleh,tau..sebab helleyz pun still in form 4 sekarang tapi takde la cover sangat bab tu..cuma..yela..jaga adab depan orang,perangai menggambarkan diri seseorang tu..kalau kurang sopan kat sekolah inikan pulak dekat rumah kan? Jadi,selaku pelajar kita mesti pandai berlakon..kan?hehe.. Zaman sekolah rendah dulu bila ingat balik memang best..walaupun tak enjoy sangat pasal UPSR dah dekat,tapi still helleyz rindu cikgu-cikgu helleyz yang dulu terutama guru kelas helleyz 5/6 Cekal iaitu Cikgu Rohana.Time math memang enjoy tapi still serious la..kadang-kadang cikgu buat lawak..Time Science dengan B.I pun best jugak! Walaupun agak blur tapi alhamdulillah..cikgu ajar dapat jugak tangkap..Masa sebelum UPSR,sekolah helleyz selalu buat Qiamulai..tidur dekat sekolah,kelas tambahan..memang macam duduk dekat asrama tapi seronok sebab dapat luangkan  lebih masa dengan cikgu,kawan-kawan..Helleyz ingat lagi slogan cikgu " orang yang tidak mampu berfikir adalah seorang yang bodoh " haha..memang betul pun.. :) 
Memang betul kata orang,sesuatu yang manis memang sukar dilupakan..masa dekat kelas helleyz mana pernah dapat B subjek B.I,sains pun jauh benor nak dapat A..tapi mungkin berkat doa/restu cikgu,ibubapa dan kawan-kawan..alhamdulillah UPSR tu dapat markah tu! Miracle! 
Rasa macam nak menangis bila ambik result UPSR.Terharu!Akhirnya tak sia-sia segala usaha sekolah,cikgu selama ni...
Memang tak best kalau zaman sekolah tak bergaduh..haha..memang bila fikir balik,rasa malu pulak..bergaduh sebab berebut pemadam,pensel warna and yang paling hot gimic sekali bila budak lelaki citer nampak pocong belakang dewan masa malam qiamulai..Masa malam tu,kitorang kumpul ramai-ramai dalam dewan,nyalakan satu lilin pastu baca surat wasiat ibubapa masing-masing..helleyz agak terkilan bila tengok dorang baca surat..surat helleyz dekat cikgu..seminggu ke,tiga hari lepas tu baru dapat..Alaa..tak dapat feeling...
Banyaklah aktiviti yang kitorang buat and paling touching bila ustazah kongsi video dekat alam kubur..ya allah..ingat lagi ular besar datang belit tubuh mayat tu..Astaghfirullah..moga dijauhkan..Amin..
Ok,kelas cekal gabung dengan kelas berdikari (tidur dalam bilik Jawi)and time cikgu tutup lampu..kitorang keluarkan snek,air,biskut..macam-macam lagilah...! Makan sama-sama,citer hantu dalam gelap.Best! Tapi pagi tu haru bilik air,berebut sampai lewat solat subuh berjemaah..! Haha.. sadiss je..
Tapi paling sedih bila terpaksa berpisah dengan cikgu..kali terakhir salam tangan cikgu..alahaii..rindulah..
P/sTerima kasih kepada Cikgu Rohana,Cikgu Anas and Puan Noraini atas jasa anda yang tak terhingga..Maaf sekiranya saya buat cikgu marah,tersentap or sakit hati sebab masa tu saya blur-blur lagi..childish! 3 orang cikgu ni amat berharga pada saya..Hargailah guru anda ok..?
Another Quote is…
This is my…
sekian,wassalam ♥

Wednesday, 13 August 2014

Time

Assalamualaikum.. Pernah tak kita dengar Quote orang melayu iaitu "Masa Itu Emas" ? Mesti pernah kan? Okay,masa ni penting kepada manusia sebab masa kita adalah terhad.Walaupun Allah dah bekalkan 24 jam setiap hari tapi ada sesetengah manusia yang rasa ia tak cukup untuk mereka.Situasi ni biasanya dialami orang yang bekerja hingga lewat malam tapi pelajar pun rasa begitu..24 jam tidak cukup bagi manusia kerana mereka sibuk mengejar duniawi,sibuk melakukan hal yang sia-sia dan tidak pandai membahagikan masa.Sedangkan di dalam Al-quran sudah disebut oleh Allah dalam surah Wal-Asr yang berbunyi:
Yang bermaksud:

Memang ramai yang kurang menghargai masa ataupun tidak tahu membahagikan masa,macam helleyz.. Ini adalah rutin helleyz seharian (tak selalu sangat) √ Balik dari sekolah je,tengok tv,main game,update sosial network and tidur sampai nak dekat maghrib √ Jam 10pm-12am santai,tengok tv √ 12am-6am buat homework or ulangkaji (itu pun kalau tak tertidur,kalau tertidur..habihlaa),pastu baca / komen / update blog or tengok youtube.. Memang Rutin ni tak sihat tapi nak buat macam mana,setiap manusia ada cara mereka masing-masing..Helleyz ada masalah Insomnia jadi sebab tu helleyz buat homework waktu malam..tapi kadang-kadang kalau penat sangat,pukul 8.30pm dah macam patrick star kat katil..hehe.. Actually,kalau nak hafal sesuatu terutama time exam,jangan hafal waktu malam..tak digalakkan sangat sebab udara makin sikit..tak tahu macam mana nak terangkan dari segi sains tapi korang cuba tanya diri korang kenapa korang rasa mengantuk? Helleyz rasa sebab kurang oksigen..Yeke?tak pasti..salah teori maaf ye..hehe.. P/s: helleyz bukan budak aliran Sains

Friday, 8 August 2014

Help Gaza


°Pray4Gaza 
°prayForGaza
°saveGaza 
Sering kita lihat di Facebook,twitter,instagram,wechat,line,kakao dll akan #tag ni kan?tipula tak pernah tengok..Tv pun ada,dont lie to me ok..nonono.. 
ok,this moment helleyz masih tak tahu apa nasib umat islam kat sana..helleyz dengar jugak ustazah citer,(hehe..orang malas tengok berita memang jakunla dengar citer ni..)umat islam disana gali tanah untuk keluar dari kawasan taklukan israel guna tangan mereka sendiri! 
Astaghfirullahalazim..seksanya! 
Bayangkan kita di tempat mereka,ntah-ntah belum pape dah kena tembak..kita beruntung dapat hidup aman,tidur pun selesa,pergi kerja/sekolah relax je tapi dorang? Dorang pernah kecapi hidup macam kita tapi lihat apa yang mereka hadapi sekarang,tidak mustahil suatu hari kita juga kena..hidup bagaikan roda,jangan kita gembira melihat mereka yang ditindas kerana akhirat masih wujud,syurga neraka itu ada..Allah maha adil.


p/s: semoga Allah menunjukkan kekuasaanNya dalam membantu Gaza dan menghantar bala tenteraNya bagi membinasakan tentera Israel.Bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka.Lagi satu,kepada perokok,berhentilah..sepuntung rokok ibarat anda menyumbang kepada satu peluru israel..Rokok merupakan penyumbang kepada ekonomi israel..

Wednesday, 6 August 2014

Persoalan

Kadang-kala banyak persoalan yang timbul apabila kita mahu tidur bukan?ada yang takut apabila menjelang malam kerana mereka berfikir:
a) adakah masih ada hari esok untuk aku?
b) bagaimana jika tiada?
c) bagaimana seksaan kubur itu?
d) adakah ia menyakitkan?
e) bagaimana dosa lalu ku?adakah sudah diampunkan?
f) cukupkah amal ibadah ku?
g) nasib keluargaku pula?adakah mereka bergembira akan pemergianku?
h) adakah rakan ku tahu akan berita kematian ku?
i) adakah keluargaku akan menziarahi kuburku setiap hari?
j) adakah Nabi Muhammad s.a.w mengenali ku?
k) adakah aku layak ke syurga Allah?
l) adakah aku telah dicop menjadi ahli neraka?
m) sempatkah aku mengucap kalimah syahadah di penghujung nafasku yang terakhir?
n) siapa yang akan membantu ku di alam kubur nanti?
o) sahkah mandi ku,air sembahyangku,solatku,sedekahku,amalan sunat ku?
p) sempatkah aku menjejakkan kaki ke Rumah Allah buat kali terakhir?
q) adakah hidupku di redhai Allah dan kedua ibubapa ku?
r) bagaimana keadaan kiamat itu nanti?
s) mampukah aku melawan iblis saat sakaratul maut nanti?
t) mampukah aku memelihara iman ku?
u) adakah Allah mahu menerima taubat ku?
v) sahkah taubatku itu?
w) bagaimana keadaan jenazah ku nanti?
x) adakah jenazahku akan mendatangkan aib kepada keluarga atau tidak?
y) adakah malaikat mungkar dan nakir akan bermanis muka?bagaimana jika mereka marah dan begis?
z) adakah aku layak melihat Allah SWT iaitu yang mencipta dan mentadbir sekalian alam?

p/s: bersamalah kita mUsahabah diri

Reality Vs Fantasy

Assalamualaikum Korang suka dunia fantasy tak? For me,i like it much..Memang sering kita tengok kat tv or cinema tentang citer yang berkaitan dengan dunia fantasi contohnya movie maleficent..best~ i love it..insha allah kalau ada nak beli DVD die..(ada jual ke?) Memang tak logik lah manusia ada kuasa sakti,hanya Allah yang berkuasa mutlak..tapi itulah..tiada yang mustahil..Allah maha Agung kan? Hanya Dia yang mampu menciptanya,manusia pun tidak setanding denganNya.. Ok,berbalik pada topik tadi..hurm..dulu helleyz nak jadi sangat ikan duyung..hehe so pernah satu harini helleyz duk dalam tandas lama gila! Padahal wat pe je pun..pi ambik air jirus kat kaki pastu tengok ada sisik tak?haha pastu kena marah dengan mak pasal duk lama sangat..mak cakap jangan mandi lama sangat,nanti ada hantu..biasalah..zaman kanak-kanak ribena dulu..well.. ok,dulu helleyz minat ikan duyung dengan naga,wujud ke?bila helleyz search google,youtube..memang wujud tapi tak tahu kesahihan video or cerita tu.. Sekarang,helleyz minat watak yang bersayap macam watak maleficent tu..kuat tapi baik..kan best dapat gitu..dulu helleyz ada jugak angan-angan nak jadi power rangers haha..yup..dunia kanak-kanak sememangnya indah..sekarang..minat lagi cuma yela,remaja..citer kat kawan ti tak pasal-pasal jadi bahan..

 P/s: agak-agak suatu hari ti ada citer " Helleyz in Wonderland " tak?