Wednesday, 6 August 2014

Persoalan

Kadang-kala banyak persoalan yang timbul apabila kita mahu tidur bukan?ada yang takut apabila menjelang malam kerana mereka berfikir:
a) adakah masih ada hari esok untuk aku?
b) bagaimana jika tiada?
c) bagaimana seksaan kubur itu?
d) adakah ia menyakitkan?
e) bagaimana dosa lalu ku?adakah sudah diampunkan?
f) cukupkah amal ibadah ku?
g) nasib keluargaku pula?adakah mereka bergembira akan pemergianku?
h) adakah rakan ku tahu akan berita kematian ku?
i) adakah keluargaku akan menziarahi kuburku setiap hari?
j) adakah Nabi Muhammad s.a.w mengenali ku?
k) adakah aku layak ke syurga Allah?
l) adakah aku telah dicop menjadi ahli neraka?
m) sempatkah aku mengucap kalimah syahadah di penghujung nafasku yang terakhir?
n) siapa yang akan membantu ku di alam kubur nanti?
o) sahkah mandi ku,air sembahyangku,solatku,sedekahku,amalan sunat ku?
p) sempatkah aku menjejakkan kaki ke Rumah Allah buat kali terakhir?
q) adakah hidupku di redhai Allah dan kedua ibubapa ku?
r) bagaimana keadaan kiamat itu nanti?
s) mampukah aku melawan iblis saat sakaratul maut nanti?
t) mampukah aku memelihara iman ku?
u) adakah Allah mahu menerima taubat ku?
v) sahkah taubatku itu?
w) bagaimana keadaan jenazah ku nanti?
x) adakah jenazahku akan mendatangkan aib kepada keluarga atau tidak?
y) adakah malaikat mungkar dan nakir akan bermanis muka?bagaimana jika mereka marah dan begis?
z) adakah aku layak melihat Allah SWT iaitu yang mencipta dan mentadbir sekalian alam?

p/s: bersamalah kita mUsahabah diri

No comments:

Post a Comment