Wednesday, 13 August 2014

Time

Assalamualaikum.. Pernah tak kita dengar Quote orang melayu iaitu "Masa Itu Emas" ? Mesti pernah kan? Okay,masa ni penting kepada manusia sebab masa kita adalah terhad.Walaupun Allah dah bekalkan 24 jam setiap hari tapi ada sesetengah manusia yang rasa ia tak cukup untuk mereka.Situasi ni biasanya dialami orang yang bekerja hingga lewat malam tapi pelajar pun rasa begitu..24 jam tidak cukup bagi manusia kerana mereka sibuk mengejar duniawi,sibuk melakukan hal yang sia-sia dan tidak pandai membahagikan masa.Sedangkan di dalam Al-quran sudah disebut oleh Allah dalam surah Wal-Asr yang berbunyi:
Yang bermaksud:

Memang ramai yang kurang menghargai masa ataupun tidak tahu membahagikan masa,macam helleyz.. Ini adalah rutin helleyz seharian (tak selalu sangat) √ Balik dari sekolah je,tengok tv,main game,update sosial network and tidur sampai nak dekat maghrib √ Jam 10pm-12am santai,tengok tv √ 12am-6am buat homework or ulangkaji (itu pun kalau tak tertidur,kalau tertidur..habihlaa),pastu baca / komen / update blog or tengok youtube.. Memang Rutin ni tak sihat tapi nak buat macam mana,setiap manusia ada cara mereka masing-masing..Helleyz ada masalah Insomnia jadi sebab tu helleyz buat homework waktu malam..tapi kadang-kadang kalau penat sangat,pukul 8.30pm dah macam patrick star kat katil..hehe.. Actually,kalau nak hafal sesuatu terutama time exam,jangan hafal waktu malam..tak digalakkan sangat sebab udara makin sikit..tak tahu macam mana nak terangkan dari segi sains tapi korang cuba tanya diri korang kenapa korang rasa mengantuk? Helleyz rasa sebab kurang oksigen..Yeke?tak pasti..salah teori maaf ye..hehe.. P/s: helleyz bukan budak aliran Sains

No comments:

Post a Comment