Thursday, 16 October 2014

Aurat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian. Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...
Assalamualaikum..harini helleyz nak sentuh pasal Aurat sebab ramai sangat yang wanita hari ini bukan tutup aurat tapi tutup urat..Astaghfirullahalazim.. Time helleyz search pasal aurat ni...helleyz terjumpa satu blog yang menarik minat helleyz..mukadimah awal tu pun helleyz ambik dari blog tu sebab helleyz rasa sesuai untuk post kali ini.. silalah follow blog seindahcintaislam.blogspot.com. Banyak info menarik yang korang boleh baca tentang islam..design pun subhanallah...cantik...sejuk mata tengok
“..Wanita yang menutup auratnya pastinya ia telah berpakaian namun,orang yang berpakaian,belum tentu semuanya menutup aurat..” Helleyz suka sangat dengan ayat ni..yes! Betul sangat.Kebanyakkan wanita islam harini berpendapat dengan berhijab mereka sudah menutup aurat sedangkan cara pemakaian mereka yang lain salah dan tidak diklasifikasikan sebagai menutup aurat..
Ini baru menutup aurat cik kak oii...tudung mestilah menutupi dada bukan atas dada...ada paham ka itu? Sedarlah,aurat wanita adalah menyeluruh kecuali muka dan telapak tangan..
Astaghfirullahallazim....! Malu kita sebagai wanita jika memberi alasan sebegini untuk tidak bertudung labuh! Sebagai seorang wanita,mestilah kita malu bila orang ramai pandang serong pada kita.memang ada segelintir masyarakat yang anggap dengan berpakaian ketat,sendat bertudung tidak menutup dada itu cantik tetapi ape pula pandangan masyarakat lain apabila melihat kita berpakaian begitu? Mesti mereka menggangap kita murah! Sanggup ke bila orang lain mengata kita,menyumpah kita ? Memang mereka tiada hak mengadili cara kita berpakaian tetapi ia hanya pandangan mereka yang kita sendiri tidak tahu..kiranya dorang "komen" ikhlas dari hati..helleyz pun macam tu jugak..bila pergi shopping ke,nampak perempuan pakai tudung baju sendat..helleyz kutuk dalam hati "baik takyah pakai tudung"..haaa..nampak?tindak balas automatik punya..hehe..maaf ye..helleyz terkutuk tanpa disedari..maklumlah..hati memang sukar dikawal..So..relakanlah bila di kata gemuk berbanding di kata Murah.
Amacam?sejuk tak mata tengok? Pernah mereka berkata panas? Nampak gemuk? Tidak kan..Jadi kalau wanita lain boleh berpakaian sebegini dengan niat kerana takut akan azab Allah,bagaimana pula kita? Memang iklim di negara mereka berbeza dengan kita,tetapi tidak salah kita mencontohi pemakaian mereka yang baik dan tidak bertentang dengan islam..
Meter menutup aurat.Anda tangga ke berapa ? Kalau dah tutup aurat tu jangan sesekali riak dan menunjuk-nunjuk dengan cara pemakaian anda..yela,wanita kalau nak show off memang nombor satu..hehe..sorry...saya tahu sebab saya pun kadang-kadang gitu..hehe...maaf ye..yelah..baju lip lap lip lap..memang umph! Di pandang..apatah lagi baju yang meleret ke lantai tu..Masha Allah...rasanya kita dah tak perlu makcik pakcik yang sapu daun kering kat jalan tu..dah ada yang tolong sapu...
baiklah..sekian saja dari helleyz..jika ada kesalahan atau info yang helleyz bagi tidak cukup atau silap sila tinggalkan komen anda kerana helleyz juga sedang belajar untuk menjadi wanita muslimah yang diredhai Allah..

No comments:

Post a Comment