Thursday, 9 October 2014

TAUBAT

Allah maha pengampun
Assalamualaikum,entah kenapa sejak akhir-akhir ni helleyz terdetik untuk publish post pasal TAUBAT.Sebagai umat islam,tuntutan taubat adalah wajib! Sebab tanpa kita sedari,dosa kita semakin hari semakin "berat" dan bintik hitam dalam hati kita semakin lama,semakin banyak sehingga sukar kita menerima hidayah Allah apatah lagi mengingatinya..astaghfirullah..sebaik-baik ciptaanNya adalah yang sujud kepadaNya..Kalau fardu wajib pun payah nak buat,apatah lagi fardu sunnat ye tak? Jadi,kita mestilah sentiasa ingat siapa pencipta kita tapi sekadar ingat tidak memadai kalau perintahNya tidak dilaksanakan.. Yang membeza umat islam dengan yang lain ialah "Iman" (tak tau betul ke tak,cuma ini pendapat helleyz la..rujuk yang lebih arif okay?) ..Sejak dari kecil,kita di didik dengan beriman kepada 6 perkara..kadang-kadang kita rasa bosan bila belajar agama je ada cakap beriman kepada Allah,malaikat,kitab,rasul,hari kiamat,and last Qada' & Qadar..lepastu tengok buku PAFA je cakap benda yang sama,tapi sedarkah kita bahawa itu semua bagi mengingatkan kita pada "iman" ? Memang ramai yang menganggap ia hal yang remeh tapi satu rukun di atas ,kita tidak percaya...malunya,jahilnya diri kita apabila mengaku "saya islam". Jangan jadi islam i/c je...itu bukan islam namanya..itu islam kapal selam..ngada-ngada..
Berdoalah seikhlas hatimu
Memang ramai yang berpaling daripada ajaran islam kerana terpengaruh dengan Duniawi..Oleh itu,rajin-rajin lah berdoa memohon keampunan atau memohon agar Allah tidak memesongkan hati kita untuk menganut agama lain..Astaghfirullahallazim..satu lafaz yang mudah sebagai tanda kita menyesal dan memohon keampunan kepadaNya..tak susah pun islam ni cuma kita je yang fikir susah..Yelah...buat maksiat senang pulak kan? Okay..tersindir la pulok..hehe maaf ye..okay,Allah tak pernah menyampah bila kita minta sesuatu kepadaNya ,malah Allah mengalu-alukan umatnya memohon apa jua permintaan..Ini menandakan Allah sayang pada kita..cuba kalau manusia..contohnya,kalau kawan helleyz pinjam novel je hari-hari,mesti helleyz cakap "takde duit nak beli ke? " (huhu..kejam tak? Tapi helleyz tak berani cakap gitu..sila haribulan jadi tajuk utama dekat buletin semasa pulak@geng mengumpat..perempuan..biasalah..)
Add caption
Dalam dunia penuh dengan godaan ni (ceh~ayat..) kita mesti banyakkan beristighfar..muhasabah diri...kaji balik kita buat apa hari ni,kita ada buat salah dekat siapa hari ni,kita tertampar (yela..bila tangan da gatal..memang takleh control..) siapa hari ni..tapi kalau spesis pelupa macam helleyz ni..memang tak tau hapa lah..ingat pun "gitu-gitu" je..tula orang makan nasi,dia makan semut...5minit lepas pun boleh lupa...hurm..dasyat giler la..Nak buat macam mana kan..tapi jadi pelupa ni bagus jugak..tak sakit kepala fikir apa jadi..tenang je..relax and cool..
Add caption
pernah dengar lagu nasyid tak?mesti ada kan lagu yang lirik dia cenggini.acap kali dengar lagu tu mesti sebak,huhu..touching jap...yela,memang betul kita tak layak ke syurga Allah yang jauh lebih sempurna berbanding amalan kita..siapalah kita..kita hanya hamba Allah yang kerdil tapi ada dikalangan kita yang mengaku dialah Tuhan..dialah Rasul..sedangkan Rasulullah lah..Rasul dan Nabi Allah yang terakhir..masha Allah..
Add caption
Pernah kita mendoakan ibubapa kita dalam solat? Kalau tak tu memang..hurm .. tak kenang budi betol la depa ni..apa nak jadi..doa kan lah sekurang-kurangnya macam ni.."Ya,Allah ampunkanlah dosa ibubapa ku,panjangkanlah umur mereka,sejahterakanlah mereka di akhirat kelak"..tidak ada ibu atau bapa yang tidak pernah doakan anak mereka malah ada yang sampai beegenang air mata mereka hanya kerana mengingini anak mereka berjaya si dunia dan akhirat...
Add caption
Pilihan di tangan anda..renung-renungkan dan selamat beramal.. (sekadar gambar hiasan via Google)
P/s :silap dan salah info ,helleyz mohon maaf sebab helleyz pun masih dalam proses nak mendalami dengan lebih lagi soal agama Islam..seandainya helleyz silap,sila tinggalkan komen anda..Insha Allah...helleyz cuba betulkan..untuk mengetahui info lanjut,sila rujuk pakcik Google ye..Die memang tau semua bendo..cuba taip je..lisan pun boleh (recording search)

No comments:

Post a Comment