Tuesday, 6 January 2015

HOLIDAY 2014


Assalamualaikumsemua,haha..dah lama helley tak update blog and sedar tak sedar dah tahun 2015 dah,SPM pun dah dekat.huhu..rasa berat untuk Helleyz tinggalkan zaman persekolahan.Lepas ni,mungkin dah tak jumpa kawan-kawan.Jumpa pun mungkin berapa tahun akan datang.Itu pun kena la buat reunion.Tapi macam mana kalau suatu hari nanti helleyz lost contact dengan diorang? kenal ke dorang dengan helleyz? mungkin berselisih tapi tidak tegur sebab malu atau sebaliknya.Memang tak dapat bayangkan apa yang akan jadi pada masa akan datang.Biarlah Allah yang rancang semuanya,jika kitorang ada chemistry,kitorang akan ditemukan kembali.insha Allah.Huhu..panjang nye mukadimah kita kan? helleyz nak cerita skit apa yang helleyz buat cuti ni.memang banyak aktiviti.Tapi segalanya berjalan seperti yang dirancang.

okay,first helleyz ingat nak jalan sorang-sorang tapi oleh sebab kawan helleyz nak ikut sebab nak beli sesuatu helleyz pun berdua.Bukan shopping mana pun,setakat pergi Paragon dekat dengan Puteri Park sini je.haha.Helleyz rancang nak beli baju sekolah,tudung,telefon dengan bedak tanaka.

Ta da! inilah bedak tanakha yang helleyz cakap tu.Bedak ni memang popular zaman sekarang,harga pun murah tapi ikut kedai lah.ada yang RM15,RM20 tapi yang helleyz beli ni RM15 je,tapi bedak ni wangi dan sejuk.Dah nama pun bedak sejuk.haha.Bagi yang nak merasai kesejukkan bedak ni.rasai lah sendiri.sesuai untuk semua jenis kulit ( kenapa aku beria nak promote ni? bukan aku jual pun )

Okay,lepas beberapa hari kemudian,helleyz keluar lagi dengan kawan-kawan.Suriati and fira zety.kenal kan dorang? helleyz banyak cerita pasal dorang kat blog sebelum ni.Kitorang plan nak beli buku sekolah dengan alat tulis.Mulanya rancang nak beli alat tulis sebab ingatkan nak jalan kaki dari sekolah pergi paragon (paragon lagi.haha) sebab sekolah kitorang dekat dengan paragon.Lagipun sekolah umpama checkpoint kitorang berjumpa.Kitorng tukar plan untuk beli buku sekolah sebab kakak fira sudi tumpangkan kitorang.Terima kasih sangat dekat kakak Nazirah sebab sudi hantar pergi dan balik.

Inilah antara alat tulis yang helleyz berkenan.haha.Tips shopping mesti murah,berkualiti dengan banyak la takpun tahan lama,kalau beli satu satu memang buang masa la.Tahun depan dah mula busy study.Nak cover semua subjek,mana sempat nak shopping-shopping ni.aduhai..Bak kata orang," jangan buat kerja dua kali,boleh tak?", eheh!

opss! hehe kalau dah pelupa memang pelupa ye tak? haha..inilah antara senarai buku yang helleyz beli.Selalunya helleyz beli semua je buku tulis,tapi atas nasihat dua insan ni ( fira,suriati ),helleyz pun beli ikut perlu,macam buku garis satu sepatutnya 20 buah tapu helleyz beli 12 buah je.Nak tahu tips jimat? kitorang memang pakar.. ( riaknya aku..huhu..tapu nampak benda cute hilang semua tips jimat..hehe kadang-kadang nafsu memang sukar dikawal.maaf )

Selang beberapa hari sebelum hari kelahiran Nabi dan Rasul Junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w,helleyz dapat berita sekolah tangguh seminggu lagi.Memang hip hip hooray la kan tapi tu tak lama..huhu..bila check twitter tiba-tiba post pasal SPM.Allahuakbar! spoil betul la budak ni.tau la dah habis SPM tapi nak twit pasal SPM tu pasai pa? gatal betul tangan tu.opss! terkutuk,astaghfirullahalazim! maaf.hehe..Okay,kebetulan helleyz tak beli kasut sekolah lagi,helleyz pun ajak mak pergi shopping.Ni best ni bila hangout dengan mak sendiri,helleyz anak emas (bukan kilauan emas),bongsu pulak tu jadi mak helleyz bagi helleyz beli apa yang helleyz nak.

Helleyz shopping ni je,yang lain barang dapur.Helleyz tengok gerai apam balik,takde! ni memang helleyz frust gila ...dah lama helleyz terkenang 'kekasih' helleyz si apam balik tu tapi tutup pulak!!! tapi takpe Encik waffer ade..hehe..masuk je paragon tiba tiba takde pulak.tutup! ni memang hari tutup sedunia ke? alahhhh...frust lagi! dah malas cerita!


Allahumma sholli a'la muhammad! Tibalah mawlid al-nabi.Seperti biasa helleyz check twitter,full home dengan selawat dan ucapan ke atas nabi junjungan kita.Alhamdulillah.mujur mereka masih ingat kepada Rasulullah.Semoga Rasulullah mengenali umatnya di akhirat dan kita mendapat syafaat daripadanya.Amin.Banyakkan selawat keatasnya okay?

Selang beberapa hari,helleyz ikut mak helleyz pergi cheras Baru nak beli ikan,sebab kat kedai depan helleyz takde ikan segar sangat.Mak helleyz cakaplah..Kebetulan helleyz nak ambik tempahan tudung dengan penutup dagu dekat kawan helleyz (Aisyah).Terima kasihlah sebab tolong :). Latest news dari helleyz,semalam helleyz sekali lagi pergi paragon dengan sekolah sebab teman kawan helleyz beli buku dengan alat tulis.Memang penat tapi seronok!

Akhir kata dari helleyz,mohon maaf sekiranya helleyz tersilap kata,terguris atau secara tak langsung tersentap dengan kata-kata helleyz.helleyz hanya manusia yang belajar untuk menjadi lebih baik.semoga 2015 lebih baik berbanding tahun sebelumnya.Ingat Allah,insha Allah segala urusan dipermudahkan.

2 comments:

  1. Ooooo shopping tak ajak aku.. tak nak kawan, merajuk! 😛😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kitorang pergi beli buku dgn alat tulis tu kau dekat Beijing.. :(

      Delete